Gagal dapat Simic, Kelantan buru Lopes - Warta 24 Maluku
GRID_STYLE

Post/Page

Weather Location

{fbt_classic_header}
www.uhamka.ac.id/reg

Gagal dapat Simic, Kelantan buru Lopes

Gagal dapat Simic, Kelantan buru Lopes

Lopes, 31, yang dilahirkan di Curitiba menjadi sasaran baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas bekas penyerang Melaka United, Simic menolak tawaran mereka. Presiden KAFA, Bibi Ram…

Gagal dapat Simic, Kelantan buru Lopes

Lopes, 31, yang dilahirkan di Curitiba menjadi sasaran baharu Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) selepas bekas penyerang Melaka United, Simic menolak tawaran mereka.

Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan bagimanapun lebih selesa dengan pendekatan ‘mengunci mulut’ daripada mendedahkan nama pengganti Simic.

Menurutnya, pemain itu mempunyai rekod lebih baik berbanding Simic terutama dalam aspek ketajaman penyudah.

"Kita mahu ambil Simic sebelum ini kerana dia sudah biasa dengan saingan Liga M, jadi mudah untuknya menyesuaikan diri bersama Kelantan.

"Namun nasib tidak menyebelahi kita apabila dia menolak tawaran yang dikemukakan oleh KAFA," katanya kepada pemberita sejurus tamat aksi persahabatan pra musim menentang Terengganu FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

Dalam perlawanan itu, Kelantan sekadar mencatatkan keputusan seri tanpa jaringan.< /p>

Bibi Ramjani memberitahu, pengganti Simic sedang beraksi di Liga Indonesia dan dijangka tiba di sini bulan depan untuk rundingan lanjut.

Sepanjang beraksi bersama Persija Jakarta, Lopes berjaya meledak 10 gol daripada 29 penampilan.

Setakat ini Kelantan memiliki tiga pemain import iaitu Margaro Gomis (Perancis), Cassio Francisco de Jesus (Brazil) Do Dong-hyun (Korea Selatan).

Sumber: Google News | Warta 24 Buru Selatan

Tidak ada komentar